TOLONG HANTAR

Kami menjemput NGO, badan kebajikan, penyedia bantuan dan penyedia servis penghantaran untuk menyertai kempen ini. Isi borang ini untuk menyertai kempen kami!

SERTAI KEMPEN KAMI
 

Apakah projek #ImpactTolongHantar?

#ImpactTolongHantar (#ITH) adalah sebuah usaha kolaboratif yang diterajui oleh Impact Malaysia bagi membantu pelbagai kumpulan dan pertubuhan amal menghantar bekalan-bekalan penting di antara negeri kepada rakyat yang sedang memerlukan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan mangsa banjir pada tahun 2021.

#ITH mengikuti SOP yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi pengagihan bekalan kepada golongan yang tersasar.

Inisiatif ini menghubungkan kedua-dua organisasi dan individu, dengan mereka yang terjejas oleh situasi semasa, dengan rakan penghantaran mikro dan sederhana. Dengan menghubungkan organisasi dan rakan penyampaian sepanjang kempen, #ImpactTolongHantar telah bekerjasama dengan 8 Rakan Penghantaran dan 43 organisasi untuk menyampaikan bantuan makanan dan PPE kepada lebih dari 50,000 penerima manfaat individu dan 50 organisasi termasuk 77 rumah kebajikan dan 66 hospital dan klinik.


Tolong Hantar

Benefisiari

Golongan B40


Tempat Perlindungan


Bank Makanan


NGO

TOLONG HANTAR

Collaboration Partners

Logistik:

  • BungkusIt
  • TheLorry
  • Mr Speedy
  • GoGet
  • Pgeon Delivery/EasyParcel
  • GrabExpress
  • Kaodim
  • Recommend.my
  • NinjaVan

Pasaraya / Pemborong:

  • Pak Grocer
  • Mydin
  • MyGroser

NGO dan Anggota Barisan Hadapan:

  • #KitaJagaKita
  • #MedTweetMY
  • ADRF Malaysia
  • Biji-Biji Initiative
  • Buku Jalanan Chow Kit
  • Carefugees
  • Challenges Foundation
  • Coffee For Good
  • Connect & Compassion
  • Covid Assist Malaysia
  • Dapur Jalanan Kuala Lumpur
  • Facebook
  • FEMX Malaysia
  • Geutanyoe Foundation
  • GoJob My
  • Kechara Soup Kitchen
  • Kelab Belia Seksyen 5/6 Wangsa Maju
  • Klima Action
  • Liga Rakyat Demokratik
  • Malaysia Collective Impact Initiative
  • Masala Wheels
  • Medical Mythbusters Malaysia
  • Monsters Among Us
  • NGOhub
  • Pasar Grub
  • Persatuan Kebajikan Kembara Insani
  • Pestle & Mortar
  • Philandure
  • Pusat Jagaan Sejahtera
  • Ramadan Love Project
  • Refuge for the Refugees
  • Relawan MBM
  • RMF Holdings (Himayya)
  • Serum Initiative
  • St Ignatius Church
  • Taylor's Education Group
  • Tenaganita
  • The Hope Branch
  • The Lost Food Project
  • Yayasan Food Bank
  • Yayasan Sime Darby
  • Yayasan Wiba Prima
  • Yellow House
  • Dan banyak penderma individu

Inisiatif ini memerlukan bantuan anda. Untuk memastikan akses barangan keperluan kepada golongan yang terjejas, kami ingin mengajak anda atau kumpulan anda untuk bersama-sama berganding tangan membantu.

#ImpactTolongHantar juga menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh rakyat Malaysia melalui laman web www.kitajaga.us dan kumpulan Caremongering Malaysia – Community Response to COVID19.

 
 

sertai kempen kami

Daftar untuk menerima berita mengenai Kempen kami.

Daftar Sekarang
#ImpactTolongHantar TERMS AND CONDITIONS

Soalan Lazim

Apakah projek #ImpactTolongHantar?

Selaras dengan kebenaran yang diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 (“Perintah Kawalan Pergerakan” atau “PKP”), Kenyataan Media Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri bertarikh 18 Mac 2020, dan pengumuman rasmi Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 10 Mei 2020, inisiatif ini adalah untuk membantu pertubuhan, kumpulan dan penderma individu untuk menghantar barangan bekalan asas penting sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan. Kami ingin membantu mereka yang ingin menyumbang bekalan penting kepada rakyat yang memerlukan tetapi menghadapi masalah dari segi logistik dan penghantaran di antara negeri. Kami, sebagai pengantara, akan berusaha untuk berhubung dengan rakan-rakan penghantaran untuk menghantar bekalan tersebut kepada penerima sumbangan. Kempen ini dijayakan oleh Impact Malaysia, dengan bantuan rakan-rakan penghantaran seperti MrSpeedy, Bungkusit dan TheLorry. Untuk makluman lanjut, sila rujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat (terms and conditions) kami.

Saya ada bekalan atau ingin menderma, tetapi tiada penerima. Boleh bantu saya?

Ya, kami akan meneliti setiap permohonan dan kemudian akan memadan anda kepada kumpulan-kumpulan lain yang mungkin mempunyai senarai penerima bantuan. Sila isi borang di atas dan senaraikan barangan yang anda ingin dermakan. Kami mengutamakan derma dari segi tunai, barangan keperluan seperti makanan kering, basah ataupun produk kebersihan. Khidmat penghantaran dihadkan kepada antara negeri sahaja.

Saya ada senarai penerima, tetapi tiada bantuan. Boleh bantu saya?

Ya, sila isi borang di atas dan kongsikan senarai penerima, nombor telefon, alamat dan maklumat-maklumat penting yang lain untuk tujuan pengesahan. Kami akan memadankan anda kepada penderma yang tersedia, dan kemudiannya berkongsi maklumat dengan rakan penghantaran untuk tujuan anggaran perjalanan dan kapasiti bekalan.

Apakah radius lokasi penghantaran?

Pada waktu PKPB ini, penghantaran dihadkan kepada antara negeri, seperti dari Shah Alam, Selangor ke Seremban, Negeri Sembilan, atau Georgetown, Pulau Pinang ke Johor Bahru, Johor.

Saya merupakan pemilik syarikat logistik dan mempunyai beberapa kenderaan pengangkutan, bagaimana untuk saya bantu?

Sila isi borang di atas dan kongsikan maklumat syarikat anda berserta nombor telefon wakil. Pasukan Impact Malaysia akan menghubungi wakil anda secepat mungkin untuk tujuan pengesahan. Sila sediakan salinan digital dokumen-dokumen penting seperti SSM, penyata kewangan syarikat dan surat pelepasan pergerakan (jika ada). Kami akan memadankan anda kepada projek-projek yang memerlukan khidmat penghantaran selepas prosedur operasi piawai (SOP) pembayaran telah di persetujui. Kami mengalu-alukankan sumbangan melalui penajaan kos penghantaran mahupun diskaun.

Apakah saiz penghantaran yang akan dilakukan?

Kami menawarkan 3 jenis saiz penghantaran seperti berikut; mikro (kurang 20kg), standard (5 tan ke bawah) dan bersaiz besar (lebih 5 tan). Penghantaran pelbagai saiz hanya boleh dilakukan dengan penghantaran di antara negeri di seluruh Malaysia.

Siapakah yang akan membayar kos penghantaran?

Di bawah projek #ImpactTolongHantar ini, Impact Malaysia dengan kerjasama rakan-rakan penghantaran akan membayar kos penghantaran kepada projek-projek yang terpilih.

Bagaimana saya nak tahu jika projek saya terpilih untuk program #ImpactTolongHantar?

Pasukan Impact Malaysia akan menghubungi anda dalam jangkamasa 24 jam selepas permohonan anda diterima. Sila pastikan nombor telefon atau alamat e-mel wakil anda diisi di dalam borang permohonan anda.

Apakah Impact Malaysia?

Impact Malaysia adalah sebuah inisiatif di bawah seliaan Impact Integrated, sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Impact Malaysia berhasrat untuk melaksanakan ekosistem impak sosial yang mapan dan boleh diukur, dijanakan oleh belia untuk membawa perubahan yang berimpak tinggi dan berkesan kepada komuniti.

Melayu