Impact Malaysia

Dana Impact Youth

Peluang untuk anak muda mencipta impak dalam komuniti!

Anda mahu mengubah dunia?

Dana Impact Youth adalah satu platform bagi orang muda di Malaysia yang ingin melakukan projek impak sosial di dalam komuniti mereka. Setiap enam (6) bulan, belia akan diberi peluang untuk ‘pitch’ dan mendapatkan dana projek impak berjumlah RM5,000 untuk mencipta impak sosial di dalam komuniti mereka sendiri. Setiap penerima Dana Impact Youth akan diwajibkan menghadiri Akademi Impact Malaysia, yang merupakan kelas intensif berbentuk ‘bootcamp’ selama minima 7 hari. Akademi Impact Malaysia akan membina kapasiti belia untuk menjalankan projek impak secara bersistem dan mampan.

Pada satu masa, Impact Malaysia hanya akan memberi dana kepada lima (5) projek sahaja.

Dana Impact Youth Hanya Terbuka Untuk Orang Muda Berusia 18-30 Tahun

Anda mungkin seorang:

  • Orang muda yang sudah mempunyai inisiatif impak sosial dan perusahaan sosial
  • Orang muda yang ada idea dan ingin melakukan projek impak sosial
  • Belia yang aktif dalam komuniti
  • Belia lepasan SPM
  • Pelajar kolej/universiti
  • Belia yang belum bekerja
  • Eksekutif muda

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada orang muda dari semua lapisan masyarakat, terutamanya:

  • Dari masyarakat Sabah & Sarawak
  • Etnik Orang Asli
  • Golongan kurang berpendapatan dari kategori B40
  • Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Bekas banduan dan bekas pelajar sekolah juvana

Projek Bagaimanakah Yang Kami Cari?

Projek anda boleh mengikut contoh bidang yang disenaraikan, tetapi tidak terhad kepada senarai di bawah:

  • Kemiskinan
  • Alam sekitar
  • Pendidikan
  • Kesaksamaan gender
  • Hak asasi manusia
  • Penyertaan politik belia
  • Kesihatan dan kesejahteraan
  • Akses kepada air bersih dan sumber tenaga
  • Bandar dan komuniti yang mampan
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Pelbagai isu pembangunan
  • Tindakan berkaitan iklim

Projek anda seharusnya:

 
  • Dicipta dan dipimpin oleh orang muda di antara usia 18 hingga 30 tahun.
  • Merupakan projek yang dimulakan sendiri. Idea untuk menambah baik komuniti anda seharusnya datang dari anda sendiri.
  • Menyelesaikan masalah sosial.
  • Berjalan selama sekurang-kurangnya tiga (3) bulan.
  • Berada di komuniti tempatan, untuk mengurangkan masa dan kos perjalanan.
  • Inklusif dan konsultatif terhadap komuniti dan pemegang taruh projek anda.
  • Mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membanteras COVID-19.
  • Merekrut dan melibatkan ahli projek anda untuk membantu anda menjalankan projek.

Siapakah Yang Layak Memohon Dana Ini?

Permohonan Dana Impact Youth terbuka kepada:

 
  • Organisasi bukan kerajaan (NGO), organisasi tidak berteraskan keuntungan (NPO), persatuan, kelab sukan, badan beruniform atau institusi pendidikan.
  • Individu dalam satu kumpulan, sekurang-kurangnya tiga (3) orang.

Berikut adalah mereka yang tidak layak memohon Dana Impact Youth:

 
  • Individu dan organisasi yang tidak menepati kriteria kelayakan khusus yang disenaraikan di atas.
  • Organisasi yang tidak layak tidak akan diberi dana. Ini termasuk senarai berikut, tetapi tidak terhad kepada:
    • Organisasi berdasarkan keuntungan, perkongsian, yayasan untuk kajian, atau yayasan kebajikan, persatuan profesional, badan berkanun;
    • Organisasi tak sah di sisi undang-undang (contoh, tapi tidak tertakluk kepada: organisasi jenayah)

Apa Yang Boleh Dibiayai Dana Impact Youth?

Kos pengangkutan untuk tujuan projek

Penginapan semasa projek berlangsung

Makanan dan minuman ketika projek berjalan

Mana-mana bahan atau barangan untuk kegunaan projek

Barangan dan alatan yang dibeli tidak boleh digunakan secara ekslusif oleh individu, kolektif, organisasi, klien atau peserta, untuk kegunaan peribadi.

Maksimum 20% daripada bajet boleh digunakan untuk perbelanjaan operasi, contohnya kos pentadbiran

Garis Masa

1 Julai 2020
Permohonan Dana Impact Youth bermula! Hantar permohonan anda di www.impact.my.
1 Julai 2020
1 - 22 Julai 2020
Sesi senarai pendek dan temuduga
1 - 22 Julai 2020
22 Julai 2020
Permohonan Dana Impact Youth ditutup
22 Julai 2020
23 - 26 Julai 2020
Pemilihan projek Dana Impact Youth
23 - 26 Julai 2020
27 Julai 2020
Pengumuman projek yang mendapat Dana Impact Youth
27 Julai 2020
28 Julai - 6 Ogos
Persediaan untuk kelas maya Akademi Impact Malaysia
28 Julai - 6 Ogos
7 - 14 Ogos 2020
Akademi Impact Malaysia berlangsung. Penyertaan Akademi wajib untuk semua peserta yang dipilih untuk mendapat Dana.
7 - 14 Ogos 2020
15 Ogos - 15 November 2020
Projek yang mendapat Dana Impact Youth mula berjalan selama tiga (3) bulan.
15 Ogos - 15 November 2020
2021
Tunggu kemunculan Dana Impact Youth Siri 2!
2021

Soalan-Soalan Lazim

Dana Impact Youth adalah satu platform bagi orang muda di Malaysia yang ingin melakukan projek impak sosial di dalam komuniti mereka.

Setiap enam (6) bulan, belia akan diberi peluang untuk ‘pitch’ dan mendapatkan dana projek impak berjumlah RM5,000 untuk mencipta impak sosial di dalam komuniti mereka sendiri. Setiap penerima Dana Impact Youth akan diwajibkan menghadiri Akademi Impact Malaysia, yang merupakan kelas intensif berbentuk ‘bootcamp’ selama minima 7 hari. Akademi Impact Malaysia akan membina kapasiti belia untuk menjalankan projek impak secara bersistem dan mampan.

Untuk setiap siri pembiayaan, Impact Malaysia hanya akan memberi dana kepada maksima lima (5) projek sahaja.

Dana Impact Youth hanya terbuka untuk semua orang muda yang berusia 18 hingga 30 tahun. Pemohon mungkin seorang:

  • Orang muda yang sudah mempunyai inisiatif impak sosial dan perusahaan sosial
  • Orang muda yang ada idea dan ingin melakukan projek impak sosial
  • Belia yang aktif dalam komuniti
  • Belia lepasan SPM
  • Pelajar kolej/universiti
  • Belia yang belum bekerja
  • Eksekutif muda 

Kami mengalu-alukan penyertaan daripada orang muda dari semua lapisan masyarakat, terutamanya:

  • Dari masyarakat Sabah & Sarawak
  • Etnik Orang Asli
  • Golongan kurang berpendapatan dari kategori B40
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bekas banduan dan bekas pelajar sekolah juvana

Projek anda boleh mengikut contoh bidang yang disenaraikan, tetapi tidak terhad kepada senarai ini:

  • Kemiskinan
  • Akses kepada air bersih dan sumber tenaga
  • Pendidikan
  • Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Pelbagai isu pembangunan
  • Kesihatan dan kesejahteraan
  • Alam sekitar
  • Bandar dan komuniti yang mampan
  • Tindakan berkaitan iklim
  • Kesaksamaan gender
  • Hak asasi manusia
  • Penyertaan politik belia

Projek anda seharusnya:

  • Dicipta dan dipimpin oleh orang muda di antara usia 18 hingga 30 tahun.
  • Merupakan projek yang dimulakan sendiri. Idea untuk menambah baik komuniti anda seharusnya datang dari anda sendiri.
  • Menyelesaikan masalah sosial.
  • Berjalan selama sekurang-kurangnya tiga (3) bulan.
  • Berada di komuniti tempatan, untuk mengurangkan masa dan kos perjalanan.
  • Inklusif dan konsultatif terhadap komuniti dan pemegang taruh projek anda.
  • Mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membanteras COVID-19.
  • Merekrut dan melibatkan ahli projek anda untuk membantu anda menjalankan projek.

Permohonan Dana Impact Youth terbuka kepada:

  • Organisasi bukan kerajaan (NGO), organisasi tidak berteraskan keuntungan (NPO), persatuan, kelab sukan, badan beruniform atau institusi pendidikan.
  • Individu dalam satu kumpulan, sekurang-kurangnya tiga (3) orang.

Kriteria kelayakan khusus adalah seperti berikut:

  • Rakyat Malaysia untuk permohonan individu kolektif, atau entiti sah yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) untuk pendaftaran organisasi.
  • Untuk permohonan individu kolektif, umur individu dalam kumpulan itu seharusnya di antara 18 hingga 30 tahun. Untuk permohonan organisasi, projek itu mesti dipimpin oleh orang muda berusia 18 hingga 30 tahun.
  • Projek menepati kriteria yang ditetapkan oleh Impact Malaysia.
  • Lokasi projek di Malaysia.
  • Penyerahan penuh kertas cadangan projek.
  • Perakuan Impact Malaysia sebagai sebahagian daripada projek jika permohonan diluluskan.
  • Bersedia untuk menerima kehadiran pegawai Impact Malaysia yang akan melakukan lawatan lapangan secara berkala.
  • Melibatkan ahli masyarakat dan komuniti di dalam projek.
  • Membenarkan butiran diri, butiran projek, gambar dan video projek dimuatnaik ke portal Impact Malaysia atau saluran media sosial yang dibenarkan oleh Impact Malaysia.
  • Maksima dua (2) permohonan untuk individu kolektif. Untuk organisasi berdaftar, hanya satu (1) permohonan boleh dihantar pada satu masa. Jika anda menghantar lebih dari satu permohonan, hanya satu permohonan sahaja yang akan dipilih untuk mendapat dana.
  • Bekerjasama untuk memberi maklumat selanjutnya yang diminta oleh Impact Malaysia, jika perlu.
  • Individu dan organisasi yang tidak menepati kriteria kelayakan khusus yang disenaraikan di atas.
  • Organisasi yang tidak layak tidak akan diberi dana. Ini termasuk senarai berikut, tetapi tidak terhad kepada:
    • Organisasi berdasarkan keuntungan, perkongsian, yayasan untuk kajian, atau yayasan kebajikan, persatuan profesional, badan berkanun;
    • Organisasi tak sah di sisi undang-undang (contoh, tapi tidak tertakluk kepada: organisasi jenayah)

Langkah 1:

Isi borang penyertaan online di www.impact.my

Langkah 2:

Muat naik kertas kerja projek anda di dalam borang penyertaan online. Dalam kertas kerja tersebut, terangkan secara ringkas dan jelas, idea projek yang ingin anda jalankan, dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.

  • 1 Julai 2020: Permohonan untuk Dana dibuka
  • 22 Julai 2020: Permohonan untuk Dana ditutup
  • 23 – 29 Julai 2020: Pengumuman lima (5) projek yang terpilih untuk menerima Dana Impact Youth
  • 3 – 14 Ogos 2020: Akademi Impact Malaysia berlangsung, dan wajib semua peserta yang dipilih untuk mendapat Dana.
  • 15 Ogos – 15 November 2020: Projek yang mendapat Dana Impact Youth dijalankan selama tiga (3) bulan

Dana Impact Youth adalah dana asas (“seed fund”) untuk membantu kos asas projek impak anda. Impact Malaysia mungkin akan memberi dana penuh atau sebahagian sahaja, tidak lebih daripada RM5,000.00 untuk satu projek, mengikut budi bicara pengurusan Impact Malaysia.

Dana Impact Youth boleh digunakan untuk membeli atau membiayai perkara berikut:

  • Kos pengangkutan untuk program
  • Makanan dan minuman untuk program
  • Penginapan untuk program
  • Mana-mana bahan atau barangan untuk kegunaan projek.
  • Maksimum 20% daripada bajet boleh digunakan untuk perbelanjaan operasi, contohnya kos pentadbiran.
  • Barangan dan alat yang dibeli tidak boleh digunakan secara eksklusif oleh individu, kolektif, organisasi, klien atau peserta, untuk kegunaan peribadi.

Barangan ini tidak terhad kepada senarai berikut:

  • Barangan yang tidak digunakan untuk projek, dan barangan yang boleh digunakan secara peribadi oleh penerima dana selepas projek berakhir, contohnya telefon bimbit, barangan sukan, mainan, khemah, beg sandang dll.)
  • Barangan yang sudah dibeli
  • Barangan dengan harga yang tidak munasabah.
  • Kenderaan
  • Bangunan, barang lekapan kekal dan pengubahsuaian.
  • Aset.
  • Barangan yang diharamkan

Senarai barangan di atas adalah tidak terhad, mengikut budi bicara pengurusan Impact Malaysia

Pemohon yang disenarai pendek akan ditemu ramah sekurang-kurangnya satu (1) kali, secara online atau offline, ketika tempoh pemilihan. Jika anda tidak diberitahu atau dihubungi untuk disenarai pendek dan temu ramah, permohonan anda gagal. Hanya peserta yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi dan akan diberitahu keputusan selepas temu ramah.

Peserta yang berjaya akan diminta untuk menerima dan menandatangani kontrak perjanjian untuk Dana Impact Youth. Kontrak perjanjian di antara organisasi atau wakil dari kolektif individu, dengan Impact Malaysia, harus ditandatangani sebelum dana diproses melalui sistem permohonan.

Pemohon diwajibkan menyediakan dan menghantar laporan aktiviti atau projek (termasuklah laporan kewangan, laporan bergambar, gambar dan klip video, dan resit/invois asal) yang dilengkapkan sebelum penerimaan setiap bahagian (‘tranche’) dana, dan laporan akhir dalam masa dua (2) minggu selepas projek tamat. Rangka dan format laporan akan diberikan.

Projek tidak boleh tamat sebelum pembiayaan diluluskan. Pembiayaan projek disalurkan menggunakan sistem tonggak pencapaian (‘milestones’). Ini mungkin memberi kesan kepada kelulusan pelaporan pencapaian, proses kewangan Impact Malaysia, cara penyaluran dana yang dipersetujui, dan lain-lain.

Impact Malaysia mungkin memerlukan peserta untuk menghantar bukti pembelian, dan membenarkan pihak Ketua Audit Negara untuk merujuk kepada rekod-rekod anda. Resit asal diperlukan sebagai bukti pembelian untuk semua barangan. Resit harus disimpan selama lima (5) tahun. Organisasi dan kolektif individu harus bertanggungjawab untuk mengekalkan satu set rekod yang lengkap untuk tujuan pengesahan.

Dana ini akan disalurkan dalam beberapa bahagian (‘tranches’). Impact Malaysia hanya akan melepaskan bahagian-bahagian dana ini mengikut tonggak pencapaian (‘milestones’) projek yang dicapai oleh pemohon dana. Bahagian dana yang terakhir hanya akan dilepaskan selepas pemohon menamatkan seluruh projek dan menghantar laporan yang lengkap.

Jika laporan diterima selepas tarikh luput cek bank, Impact Malaysia ada hak untuk tidak mengeluarkan semula cek tersebut.

Baki daripada dana yang diterima yang tidak digunakan, atau digunakan untuk membeli barangan yang tidak layak dibiayai oleh Impact Malaysia seperti yang disenaraikan, wajib dipulangkan semula kepada Impact Malaysia.

Impact Malaysia mungkin menolak permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup permohonan. Jika permohonan lambat diterima, Impact Malaysia boleh menentukan jika ada situasi luar biasa di luar kawalan pemohon, di mana pemohon tidak boleh menghantar pemohonan sebelum tarikh tutup. Pemohon harus memberi bukti dan dokumentasi untuk menyokong situasi ini. Semua keputusan daripada Impact Malaysia untuk menerima atau tidak menerima permohonan yang lambat adalah muktamad.

Ada sebarang soalan?

Whatsapp atau telefon #TeamImpact di talian ini!